Forever Young



♥♥♥Entries







KRITERIA PEREMPUAN YANG MENJADI PILIHAN LELAKI MODEN :))
Monday 14 November 2011 0 Atashinchi


Dengan perubahan zaman, keinginan lelaki terhadap perempuan turut mengalami perubahan yang cukup drastik. Lelaki moden menginginkan kategori perempuan yang berbeza berbanding dengan watak-watak lelaki di novel-novel roman klasik.

Perempuan bagaimanakah yang lelaki inginkan kini? Berikut adalah kategori perempuan yang boleh membuatkan lelaki moden jatuh cinta lebih mendalam.

  • Tidak manja

Lelaki zaman sekarang lebih suka kepada perempuan yang berdikari dan mempunyai kehidupan sosial sendiri. Perempuan yang manja dan pemalu tidak lagi dipertimbangkan oleh lelaki-lelaki di luar sana.

  • Tegas

Sifat perempuan yang pada asalnya adalh pemalu dan malu untuk meluahkan apa yang mereka inginkan. Padahal lelaki moden menyukai perempuan yang lebih tegas dan tidak malu untuk menyatakan keinginannya secara terbuka. perempuan yang hanya pandai merajuk tanpa memberi penjelasan sedikit pun, lama-kelamaan akan ditinggalkan kekasihnya.

  • Tidak mengeluh

Sedar atau tidak, sebenarnya lelaki tidak suka dengan keluhan perempuan yang kadang-kadang tidak penting pun. Seperti mengeluh tentang saiz tubuh, make-up yang tidak sempurna atau segala hal yang seharusnya tidak perlu untuk dikeluhkan. Lelaki memerlukan perempuan yang kuat tanpa perlu mengeluh tentang kehidupnya setiap saat.

  • Wanita bekerjaya

Lelaki kini lebih senang jika kekasihnya memiliki pekerjaan, apatah lagi jika si kekasihnya boleh berjaya dalam kerjayanya. Lelaki akan merasa kekasihnya mampu untuk mengimbanginya.

  • Memiliki rasa humor

Sebagai perempuan, sudah tentu anda inginkan kekasih yang mampu membuat anda tersenyum selalu, tertawa dan tidak membuat anda bosan. Sama seperti anda, lelaki pun ingin dihiburkan. Lelaki sebenarnya menyukai perempuan yang mempunyai rasa humor dan mampu memulakan perbualan yang tidak membosankan.





♥Thanks for reading :)♥




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction