Liwat bayi 23 hari
GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak
seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan
apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di
rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.
Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu
langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih
rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan
dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi
malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang
berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji
dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul
4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu
memandikannya.
“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam.
Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut
cedera.
“Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap
bayinya kerana sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama
anaknya itu di dalam bilik,” katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas
membawa mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan
pemeriksaan semila di Hospital Selayang.
“Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan
perbuatan terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai
Polis Selayang,” katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa
melakukan hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih
pantang kerana baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah
mengesahkan penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah
Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
♥Thanks for reading :)♥
Older Post . Newer Post
Le Direct-or
Hello Earthlings! im human just like you~
Short Biodata
Name: Noor Fathin Azlan Known as: Atenn Age: 21 years youngStat: Kelantan MariiCountry: MalaysiaFav. Colours: Black, Yellow, and Soft PinkLanguage: Malay and EnglishHobby: blogging, Sleeping, Eating Fav Quotes: It's so fluffy i'm gonna die!
Contact Me:
Official Blog |
Facebook
Underline Bold Italicized Strikeout
Love It So Much
Family
My Boyfie
Friends
My Bloggie
Reading
FT ISLAND & WONDERGIRL
Love eating chicken chop
Music
Pink Kaler , rock bebeh
Hang out with family , boyfie & friends
Hate It So Much
Liarr~
Copycat
Boyfie curang !
Kaki ngumpat , please la .
Talam dua muka