Forever Young



♥♥♥Entries







HUKUM HUDUD
Tuesday 11 October 2011 0 Atashinchi
Orang Beriman dan Bertakwa Yakin Sepenuhnya dan Tidak Ragu-ragu Hukum Jenayah Islam

سْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
...
Sahabat yang dirahmati Allah,
Sebagai seorang yang beriman dan bertakwa kita wajib menyakini bahawa undang-undang atau hukum-hukum yang diturunkan oleh Allah SWT adalah sesuai sepanjang zaman sehingga ke hari kiamat. Kepercayaan dan keyakinan kita ini adalah akidah dan iman kita kepada Allah SWT, Rasulullah SAW ,Kitab suci al-Quran nul karim dan rukun Iman yang lain.

Perlu diyakini bahawa peranan undang-undang jenayah Islam adalah untuk mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat. Terdapat 4 sebab kenapa undang-undang jenayah Islam ini perlu dilaksanakan.

1. Untuk mematuhi segala perintah Allah SWT yang terdapat di dalam al-Quran nul karim dan mematuhi sunnah dan hadis Nabi SAW dalam bab hukum jenayah.

2. Undang-undang jenayah Islam menjatuhkan hukuman secara adil dan saksama. Misalnya orang yang membunuh dihukum bunuh balas. Ini menyebabkan warisnya berpuas hati dan hilang perasaan dendam.

3. Hukuman jenayah Islam yang kemas dan tegas menyebabkan penjenayah dan orang ramai takut dan gerun untuk mengulangi jenayah. Akhirnya kehidupan masyarakat aman dan sejahtera.

4. Hukuman jenayah Islam men gandungi unsur-unsur pendidikan kepada penjenayah dan orang ramai. Hukuman yang dikenakan mendorong seseorang penjenayah bertaubat dan menyesali kesalahan yang dilakukannya. Dengan ini jenayah akan berkurangan dalam masyarakat.

Apakah matlamat dan kebaikan hukum jenayah Islam terdiri daripada hukum hudud, qisas dan ta'zir ?


Terdapat 3 kebaikan hukuman tersebut :

1. Untuk melindung masyarakat daripada bahaya jenayah dan mencegah sebelum ia berlaku.

2. Untuk memperbaiki penjenayah dan membetulkan penyelewengan. Ini dapat dilihat daripada kesan yang ditinggalkan oleh hukuman ke atas penjenayah yang memberi pengajaran, memperbaiki dan menghalang seseorang daripada melakukan jenayah.

3. Untuk membersih dosa penjenayah dan menyelamatkannya daripada azab akhirat.
A. Pengertian Hudud :

Dari segi bahasa hudud bererti menahan atau mencegàh.

Dari segi segi istilah hudud ditakrifkan sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan As Sunnah yang wajib dilaksanakan sebagai hak Allah SWT kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada dikurang atau ditambah.

Firman Allah SWT maksudnya : “Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim”(Surah al-Baqarah ayat 229)

B. Jenis-jenis jenayah hudud dan hukumannya :

1. Zina iaitu persetubuhan haram tanpa nikah yang sah antara lelaki dengan perempuan.

Hukuman : Bagi penzina yang belum berkahwin hukumannya ialah sebat 100 kali. Bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sehingga mati.

2. Qazaf (menuduh zina) iaitu melemparkan tuduhan zina tanpa bukti terhadap orang yang baik dan tidak membawa 4 orang saksi yang adil.

Hukuman : sebat 80 kali

3. Minum arak iaitu meminum minuman yang memabukkan boleh menghilangkan kewarasan akal.

Hukuman : sebat 40 kali

4. Mencuri iaitu mengambil harta orang lain secara senyap atau sembunyi.

Hukuman : potong tangan

5. Merompak iaitu mengambil harta orang lain dengan menggunakan kekerasan, paksaan, ugutan dan ancaman.

Hukuman : Sekiranya membunuh hendaklah dibunuh sekiranya hanya merompak sahaja hendaklah dipotong tangan dan kakinya secara bersilang iaitu tangan kanan dan kaki kiri dan seterusnya kaki kanan dan tangan kiri bagi kesalahan seterusnya. Sekiranya hanya menganggu ketenteraman awam hendaklah dipenjara

6. Riddah (murtad) iaitu keluar seseorang Islam itu dan agama Islam sama ada dengan perbuatan dan perkataan.

Hukuman : Bunuh ( setelah diberi tempoh bertaubat selama 3 hari @ 3kali) Semua jenayah hudud yang telah sabit kesalahannya wajib dikenakan hukuman hudud tanpa sebarang pengurangan @ pindahan kepada hukuman yang lain spt penjara @ wang.
Sahabat yang dikasihi,
Marilah sama-sama kita bermuhasabh diri kita bahawa terlalu banyak dosa dan kesalahan yang kita lakukan kepada Allah SWT. dan perlulah kita banyak beristighfar dan bertaubat kepada Allah SWT. Salah satu dosa besar yang kita lakukan tanpa kita sedari kita terpengaruh dengan pendapat sebahagian daripada umat Islam yang mempertikaikan hukum-hukum Allah SWT dan tidak yakin terhadap hukum hudud dan qisas yang ditanzilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran nul karim. Jika kita terlanjur penyokong pendapat mereka yang menolak dan mengatakan hukum hudud tidak sesuai maka kembalilah bertaubat kepada Allah SWT dan jangan ditangguh-tangguhkan lagi kerana kematian itu akan datang bila-bila masa dan kita khuatir jika kita menafikan hukum-hukum Allah SWT boleh jatuh kepada syirik yang mana dosa syirik tidak akan diampunkan oleh Allah SWT.

Tujuan nota ini ditulis adalah bertujuan memberi sedikit ilmu yang bermanfaat kepada kalian semua supaya kalian tahu serba sedikit apa yang dimaksudkan hudud, qisas, diat dan ta'zir. Semoga Allah SWT meletakkan diri kita dikalangan hamba-hamba-Nya yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
by:Abu Basyer
 
 


♥Thanks for reading :)♥




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction